ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 April 2024.
1. OIC gesa siasatan jenayah dilakukan terhadap Israel berhubung tahanan Palestin
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menggesa siasatan dijalankan terhadap semua jenayah yang dilakukan rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin.
2. Israel akan mempertahankan dirinya sendiri - Benjamin Netanyahu
Perdana Menteri Benjamin Netanyahu memberitahu mesyuarat Kabinet pada Rabu bahawa Israel akan memutuskan sendiri bagaimana untuk bertindak balas terhadap serangan hujung minggu lalu oleh Iran.
3. Lebih 14,000 kanak-kanak dibunuh di Gaza, Israel telah mengalahkan Hitler - Presiden Turki
Dengan membunuh lebih 14,000 kanak-kanak yang tidak bersalah di Gaza, Israel telah pun mengalahkan pemimpin Nazi Adolf Hitler, kata Presiden Turki, pada Rabu.
4. 14 orang cedera dalam serangan Hizbullah ke atas pusat komando Israel
Pasukan pejuang Hizbullah yang disokong oleh Iran melancarkan “serangan gabungan dengan peluru berpandu berpandu dan dron letupan pada Rabu ke atas pusat komando di Arab Al-Aramshe,” ketika ia menyasarkan tentera Israel di selatan sempadan dengan Lubnan.
5. Google pecat 28 pekerja gara-gara protes projek kerjasama dengan Israel
Google memecat 28 pekerjanya pada Rabu selepas mereka terlibat dalam protes terhadap projek Nimbus, iaitu kontrak layanan perkomputeran awan bernilai AS$1.2 bilion dengan kerajaan Israel, dan membabitkan Amazon.
6. Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh lawat Turki hujung minggu ini - Erdogan
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, beliau akan menjadi tuan rumah kepada pemimpin kumpulan pejuang Palestin Hamas, Ismail Haniyeh, hujung minggu ini.
7. Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Parti politik India telah memperhebatkan program besar-besaran untuk mendekati pengundi ketika negara itu bersiap sedia untuk mengadakan pusingan pertama pilihan raya Parlimen pada Jumaat.
8. Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
9. Wanita Singapura hilang di Sepanyol ditemui mati dengan kesan tikaman: Laporan
Seorang wanita warga Singapura yang hilang ketika bercuti di Sepanyol ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman, lapor media Sepanyol pada Rabu.
10. Bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota umum bersara
Juara dunia dua kali Kento Momota berkata dia akan bersara daripada badminton antarabangsa ketika usianya kini 29 tahun, dan mengakui prestasinya tidak lagi sama sejak kemalangan kereta yang serius empat tahun lalu.
Astro Awani
Thu Apr 18 2024
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penantian berakhir, pemasangan Starlink beri kelegaan buat Orang Asli Kerling
Sebelum ini, kampung itu tidak menerima isyarat liputan daripada syarikat telekomunikasi sekali gus memaksa mereka keluar ke jalan besar.
Kemampanan penting dalam tangani isu perubahan iklim, bukan sekat perdagangan bebas - Tengku Zafrul
Prasyarat hijau tidak boleh digunakan sebagai halangan bukan tarif atau menjadi mekanisme imperialisme ekologi zaman moden.
Pusat hiburan dibaling bom petrol
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit.
Turkiye: 190 penumpang berdepan detik cemas tayar pesawat pancit semasa mendarat
Semua 190 penumpang selamat dipindahkan susulan insiden kecemasan kira-kira 11 pagi waktu tempatan itu.
Korea Selatan sasar kerjasama ketenteraan dengan Malaysia naik taraf K200 IFV
Korea Selatan menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi menaik taraf armada Kenderaan Tempur Infantri K200 (IFV).
Wai Ching 'hangatkan' Larian Menara Naza
Selepas menawan puncak Menara Taipei 101 baru-baru ini, pelari menara nombor satu dunia Soh Wai Ching mengesahkan penyertaan pada Larian Menara Naza.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan buat kerja, bukan cari populariti - Amirudin
Kata Amirudin, pembangkang hanya menjual isu-isu tertentu bagi mencari perhatian, khususnya pada musim pilihan raya.
Sarawak sasar juara keseluruhan Sukma XXI di Bumi Kenyalang
Abang Johari berkata, 9,927 atlet terpilih membawa cabaran Sarawak pada temasya dwitahunan itu harus tetapkan matlamat untuk capai kejayaan.
Serangan Rafah: Rakyat Palestin ratapi pemergian orang tersayang
Penduduk Palestin mengadakan solat jenazah untuk mereka yang terkorban di Rafah pada Khamis, ketika Israel meneruskan serangan di selatan Gaza.
Dana pilihan raya India: Modi dan Gandhi saling menuduh
Ambani dan Adani tidak memberi sebarang komen tentang siapa yang disokong dalam pilihan raya, manakala kedua-dua Modi dan Gandhi tidak mengemukakan sebarang bukti terhadap dakwaan mereka.
Wanita Israel tuntut pembebasan 130 tebusan di Gaza
Demonstrasi jalanan menentang kerajaan oleh keluarga dan penyokong daripada lebih 130 tebusan yang masih ditahan di Gaza masih diteruskan.
Masyarakat perlu bangkit, beri tekanan kepada Israel - Nurul Izzah
Semua lapisan masyarakat harus bangkit dan memberi tekanan kepada Israel serta sekutunya untuk berhenti melakukan perkara yang menambah kesengsaraan kepada warga Gaza.
Hamas terima cadangan gencatan senjata di Gaza, Israel tidak setuju
Benjamin Netanyahu sifatkan perjanjian gencatan senjata itu tidak memenuhi tuntutan Israel.
Ribuan penunjuk perasaan Israel tentang Netanyahu
Peserta tunjuk perasaan menuduh Netanyahu meneruskan peperangan untuk terus berkuasa.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC meminta sebarang tindakan untuk menakut-nakutkan atau mempengaruhi pegawainya dihentikan segera.
Blinken akan terus desak Netanyahu
Blinken berkata masih banyak lagi yang perlu dilakukan bagi memastikan bantuan sampai kepada orang ramai secara berterusan.
Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Mesej itu disampaikan menerusi perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Ahad.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan
Sejak Oktober tahun lepas, tentera Israel telah membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel akan mempertahankan dirinya sendiri - Benjamin Netanyahu
Israel akan membuat keputusan sendiri dan akan melakukan segala yang diperlukan untuk mempertahankan diri.